Wednesday, 22 May 2013

Buai Elektrik Rosak!

Ahad lepas, 19 Mei, buai letrik rosak pulak.. Abang nak tidurkan Aly pagi tu tiba-tiba dah tak bergerak rupanya buai tu. Lampu indicator pada adapter dan buai masih menyala. Mesin rosak agaknya. Abah Aly nampak sad sangat. Sebab mesti Aly tak dapat tidur lena lepas ni, iaitu pada hari cuti sabtu ahadlah.. hari kerja jarang guna.

Tapi amat berpuas hati buai ni sempat berbakti sampai setahun.. Kakak dulu pun guna hampir 3 tahun.. okla tu dah dapat roi. beli masa di Kapar. Tapi tak ingat abah or ummi yang beli. Harga 200 lebih. Penting dulu sebab Aqilah susahla nak ditidurkan..

Abang terus search di Lenovo nya cari kat mana ada jual buai macam ni. jumpa yang baru pun ada, second hand pun ada.. Abang decide yang second hand sahaja. Ummi ikut jelah sebab rasa tak kritikal sangat buai untuk Aly.

Dah buat appointment dengan penjual secondhand nak ambik hari ni juga. Amboi bersemangatnya Abah.. Di Kota Damansara. Jauhnya dah dekat dengan Ikea tu haruslah singgah. Tapi malam ni ummi dah bagitau awal kena pergi Midv, nak tukar kasut yang nenek tak nak tu. Kena tukar hari ni juga... sebab dah lebih seminggu esok. Maid pun tengah cuci rumah, lepas pukul 6 barulah boleh keluar..

5 comments:

  1. Salam puan, blh tahu mana dpt buaian yg second hand

    ReplyDelete
  2. Suami saya jumpa di website mudah

    ReplyDelete
  3. Nak tanya... Buai saya tengah2 enjut, tiba2 berhenti sendiri. Kenapa ye jadi macam tu

    ReplyDelete