Wednesday, 22 May 2013

Buai Elektrik Rosak!

Ahad lepas, 19 Mei, buai letrik rosak pulak.. Abang nak tidurkan Aly pagi tu tiba-tiba dah tak bergerak rupanya buai tu. Lampu indicator pada adapter dan buai masih menyala. Mesin rosak agaknya. Abah Aly nampak sad sangat. Sebab mesti Aly tak dapat tidur lena lepas ni, iaitu pada hari cuti sabtu ahadlah.. hari kerja jarang guna.

Tapi amat berpuas hati buai ni sempat berbakti sampai setahun.. Kakak dulu pun guna hampir 3 tahun.. okla tu dah dapat roi. beli masa di Kapar. Tapi tak ingat abah or ummi yang beli. Harga 200 lebih. Penting dulu sebab Aqilah susahla nak ditidurkan..

Abang terus search di Lenovo nya cari kat mana ada jual buai macam ni. jumpa yang baru pun ada, second hand pun ada.. Abang decide yang second hand sahaja. Ummi ikut jelah sebab rasa tak kritikal sangat buai untuk Aly.

Dah buat appointment dengan penjual secondhand nak ambik hari ni juga. Amboi bersemangatnya Abah.. Di Kota Damansara. Jauhnya dah dekat dengan Ikea tu haruslah singgah. Tapi malam ni ummi dah bagitau awal kena pergi Midv, nak tukar kasut yang nenek tak nak tu. Kena tukar hari ni juga... sebab dah lebih seminggu esok. Maid pun tengah cuci rumah, lepas pukul 6 barulah boleh keluar..

Saturday, 18 May 2013

Umrah 2013

Celebration Birthday Aly dulu sebelum ke KLIA.. punyela nak tunggu ramai ada..


aly suka kek coffe!



selepas makan kek ramai-ramai, bacaan doa diketuai oleh menantu terbaru ayah..

Friday, 17 May 2013

Aly Injured!

Pada 05 Mei 2013 yang lalu, (iya benar, hari sama PRU13) adik aly telah alami kemalangan kecil. Syukur tak teruk.. aly tertolak botol susu yang ada air panas ummi tak tutup rapat sebab nak tambah air kosong.. Aduhai, kesian anak ummi. Hampir sejam Aliya menangis sakit.. kesian sangat. Ummi kena letak ubat gigi juga nak bagi hilang pedih. Baru adik dapat tidur..






Menghantar ayahbonda dan nenda ke KLIA, mengerjakan umrah.

Hari ni 18 Mei (tak pasti date aps ni ok ke tak dari tadi dia guna date semalam).

Malam nanti flight jadi petang ni sebelum asar cadang hantar ke KLIA. Ayah dapat hadiah umrah, hasil kutipan dana pembinaan KOMTA. Alhamdulillah, ayah memang berkerja keras untuk usaha itu. Semoga tuhan berikan balasan selayaknya kelak.

Nenek nak buatkan haji untuk arwah tokwan juga.. seminggu nenek di Puchong, seminggu di Langat, sebelum tarikh bertolak. Time ni juga tak ada air banyak hari.. huhu nasib jugalah maklang ada di rumah. Jadi surirumah sementara.

adik aly tido dalam kereta otw nak ke langat ni..



kakak pula tengah....

Shopping di Jalan TAR

Finding reason to go shopping! yeah.. my therapy session.. hehe.. nak cari jubah putih nenek untuk pakai buat umrah.. dah cari di bin nurdin, siti khadijah kat shah alam hari tu, tak dapat.. so last day sebelum mak, ayah, nenek bergerak mengerjakan umrah, sempat lagi tengok di Jalan TAR masa lunchour hari Jummat ni..






Rasanya adalah 3-4 tahun tak merayau kat sini.. biasa ke sogo je.. ada pilihan jubah dan blous putih.. amik 3 helai biar mak dan nenek pilihlah!

Birthday Aly di Taska

unplan.. tak tau kenapa, mungkin sebab aly pun kecik lagikan.. jadi kita postpond celebration ke 2 tahun nantilah ya sayang.. ummi abah plan bagi something untuk pengasuh taska aje.. our favourite!




choc moist cake! hehe nasib baik cukup stok di kelab kilat.. 23 biji..

disebabkan ramai pengasuh baru, ummi buat tag sikit..



Selamat ulangtahun sayang..
jam 8.25 pg, 17 Mei 2012, genaplah aly comel setahun.. Semoga menjadi anak solehah...

Happy Birthday my Aly!

My Aly is one year... ni pic dia malam tadi sebelum menyambut hari lahirnya..,




Hari ni sempena birthday aly, umi abah belikan kek coklat moist untuk pengasuh taska.. hantar 23 biji tengahari tadi..



sempat ummi buat label ni.

Thursday, 16 May 2013

Insaf aku isteri...

temankan abang followup dengan doktor Ranjit semalam.. tgk org ln pulak boleh lyn laki kita baik2kan.. terus istighfar.. ingatan tuhan dtg dr pelbagai bentuk.. igtlah betapa byk bidadari yg mengutuk isteri2 yg berkasar dgn suami.. kongsian pg2 lps sahur nihh.. utk yg sedang dan \'bakal\' diuji, yeaahhh..