Friday, 17 May 2013

Aly Injured!

Pada 05 Mei 2013 yang lalu, (iya benar, hari sama PRU13) adik aly telah alami kemalangan kecil. Syukur tak teruk.. aly tertolak botol susu yang ada air panas ummi tak tutup rapat sebab nak tambah air kosong.. Aduhai, kesian anak ummi. Hampir sejam Aliya menangis sakit.. kesian sangat. Ummi kena letak ubat gigi juga nak bagi hilang pedih. Baru adik dapat tidur..






Menghantar ayahbonda dan nenda ke KLIA, mengerjakan umrah.

Hari ni 18 Mei (tak pasti date aps ni ok ke tak dari tadi dia guna date semalam).

Malam nanti flight jadi petang ni sebelum asar cadang hantar ke KLIA. Ayah dapat hadiah umrah, hasil kutipan dana pembinaan KOMTA. Alhamdulillah, ayah memang berkerja keras untuk usaha itu. Semoga tuhan berikan balasan selayaknya kelak.

Nenek nak buatkan haji untuk arwah tokwan juga.. seminggu nenek di Puchong, seminggu di Langat, sebelum tarikh bertolak. Time ni juga tak ada air banyak hari.. huhu nasib jugalah maklang ada di rumah. Jadi surirumah sementara.

adik aly tido dalam kereta otw nak ke langat ni..



kakak pula tengah....

Shopping di Jalan TAR

Finding reason to go shopping! yeah.. my therapy session.. hehe.. nak cari jubah putih nenek untuk pakai buat umrah.. dah cari di bin nurdin, siti khadijah kat shah alam hari tu, tak dapat.. so last day sebelum mak, ayah, nenek bergerak mengerjakan umrah, sempat lagi tengok di Jalan TAR masa lunchour hari Jummat ni..






Rasanya adalah 3-4 tahun tak merayau kat sini.. biasa ke sogo je.. ada pilihan jubah dan blous putih.. amik 3 helai biar mak dan nenek pilihlah!

Birthday Aly di Taska

unplan.. tak tau kenapa, mungkin sebab aly pun kecik lagikan.. jadi kita postpond celebration ke 2 tahun nantilah ya sayang.. ummi abah plan bagi something untuk pengasuh taska aje.. our favourite!




choc moist cake! hehe nasib baik cukup stok di kelab kilat.. 23 biji..

disebabkan ramai pengasuh baru, ummi buat tag sikit..



Selamat ulangtahun sayang..
jam 8.25 pg, 17 Mei 2012, genaplah aly comel setahun.. Semoga menjadi anak solehah...

Happy Birthday my Aly!

My Aly is one year... ni pic dia malam tadi sebelum menyambut hari lahirnya..,




Hari ni sempena birthday aly, umi abah belikan kek coklat moist untuk pengasuh taska.. hantar 23 biji tengahari tadi..



sempat ummi buat label ni.

Thursday, 16 May 2013

Insaf aku isteri...

temankan abang followup dengan doktor Ranjit semalam.. tgk org ln pulak boleh lyn laki kita baik2kan.. terus istighfar.. ingatan tuhan dtg dr pelbagai bentuk.. igtlah betapa byk bidadari yg mengutuk isteri2 yg berkasar dgn suami.. kongsian pg2 lps sahur nihh.. utk yg sedang dan \'bakal\' diuji, yeaahhh..

Monday, 19 November 2012

Tip Bersalin

Bagus st info ni.. Drp blog beli bengkung hari tu.. Simpan buat rujukan kelak...

Yati, tip pantang bersalin

Buat ibu yang kali pertama akan bersalin, pasti kurang mengetahui apa amalan yang sesuai untuk menjalani pantang bersalin. Penting amal pantang secara betul untuk pastikan sembuh dengan segera dan mengekalkan kesihatan badan. Lebih penting amalan ini akan mengekalkan kesihatan dalaman kita untuk jangka  masa panjang. Amalan ini terbukti berkesan pada mereka yang amal dengan betul.

Semasa pantang kita perlu amal minum ubat periuk untuk mengeluarkan angin, lender dan darah kotor. Herba ini bagus untuk memulihkan tenaga, mengembalikan kesihatan dan kecantikan. Namun pastikan kita tahu apa yang diambil. Contohnya manjakani dan kacip fatimah amat terkenal untuk diamalkan semasa pantang, namun ramai yang tidak tahu ianya tidak sesuai diambil terlalu awal sebelum 30 hari. Ia akan mengecutkan rahim sebelum rahim bersih dari darah nifas. Kesannya, kita akan alami darah bisa yang tidak keluar sepenuhnya.

Mengurut juga keperluan semasa pantang. Urutan dapat membantu memulihkan aliran darah, mengeluarkan angin, serta lender. Ia juga dapat membantu menenangkan emosi dan meringankan tubuh yang lesu dan bisa otot. Selalunya akan disengkak rahim. Amalan ini tidak sesuai dilakukan sebelum 2 minggu. Ini untuk  memastikan luka dalaman telah pulih dahulu. Pastikan tukang urut mahir kerana jika tersilap, boleh akibatkan rahim terbalik atau beralih.

Bertuam dilakukan 2 minggu pertama selepas bersalin, kemudian baru bertungku sehingga habis penatng. 2 minggu pertama rahim tidak boleh ditekan, hanya tuam secara lembut. Tujuan tuaman untuk keluarkan darah bantal(ketul) dan angin toksin. Jangan cungkil rahim ketika bertungku sebelum 44 hari.

Mandian herba dapat memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan angin serta lender dan melawaskan darah nifas yang tersekat. Curah dari leher ke bawah dengan pelahan-lahan. Di larang membasuh rambut dengan air panas atau air herba panas kerana boleh menyebabkan sakit kepala dan keguguran rambut.

Memakai bengkung dapat mengelak badan mengembang dan perut membuncit. Ia juga dapat mengelak angin masuk ke perut. Bengkung yang baik ialah bengkung yang labuh dipakai paras bawah payudara ke peha. Ini dapat mengelak menekan rahim ke bawah dan pembentukan badan yang tidak sekata.

Berlulur bagus untuk membuang angin dalam badan. Ini dapat membantu atasi masalah sakit badan, sendi dan otot. Ia juga membersihkan badan dari bintik hitam dan daki.

Seterusnya amalan bertangas. Ini dilakukan selepas 30 hari. bertujuan untuk mengaktifkan pengeluaran peluh untuk membuang toksin. Selain itu ini dapat membantu mengecutkan rahim.

Yati, promosi Mama N Damia kini berlangsung
Diskaun untuk produk-produk ....

- Baju menyusu diskaun 15% ke 40%
- Breast pump diskaun 10%
- Mandian Herba diskuan 20%
- Tuam bayi diskaun 20%
Dan pelbagai lagi.... 

Sila layari www.mamadamia.com untuk promosi hujung tahun. Promosi akan berlangsung sehingga12 Jan 2013.
Image

Untuk makluman, no telefon kami telah bertukar ke 03-6143 3094. No lama iaitu 03-6141 8544 adalah untuk faks sahaja.


~Sharifah Nor Irma~

Mama N Damia Enterprise

Tel: 03-6143 3094 Fax : 03-6141 8544

Facebook : Mama N Damia

Email : sales@mamadamia.com

website :          www.mamadamia.com, www.mybengkung.com, www.nonaku.com


B15 1 Jalan Teknologi 3-9 Kota Damansara, Bistari De Kota, Petaling Jaya, Selangor 47810, MALAYSIA 

To unsubscribe or change subscriber options visit:
http://www.aweber.com/z/r/?TIysLGysHLSsTIwMbKzMTLRGtIxsLCzsHKws