Buat ibu yang kali pertama akan bersalin, pasti kurang mengetahui apa amalan yang sesuai untuk menjalani pantang bersalin. Penting amal pantang secara betul untuk pastikan sembuh dengan segera dan mengekalkan kesihatan badan. Lebih penting amalan ini akan mengekalkan kesihatan dalaman kita untuk jangka masa panjang. Amalan ini terbukti berkesan pada mereka yang amal dengan betul.
Semasa pantang kita perlu amal minum ubat periuk untuk mengeluarkan angin, lender dan darah kotor. Herba ini bagus untuk memulihkan tenaga, mengembalikan kesihatan dan kecantikan. Namun pastikan kita tahu apa yang diambil. Contohnya manjakani dan kacip fatimah amat terkenal untuk diamalkan semasa pantang, namun ramai yang tidak tahu ianya tidak sesuai diambil terlalu awal sebelum 30 hari. Ia akan mengecutkan rahim sebelum rahim bersih dari darah nifas. Kesannya, kita akan alami darah bisa yang tidak keluar sepenuhnya.
Mengurut juga keperluan semasa pantang. Urutan dapat membantu memulihkan aliran darah, mengeluarkan angin, serta lender. Ia juga dapat membantu menenangkan emosi dan meringankan tubuh yang lesu dan bisa otot. Selalunya akan disengkak rahim. Amalan ini tidak sesuai dilakukan sebelum 2 minggu. Ini untuk memastikan luka dalaman telah pulih dahulu. Pastikan tukang urut mahir kerana jika tersilap, boleh akibatkan rahim terbalik atau beralih.
Bertuam dilakukan 2 minggu pertama selepas bersalin, kemudian baru bertungku sehingga habis penatng. 2 minggu pertama rahim tidak boleh ditekan, hanya tuam secara lembut. Tujuan tuaman untuk keluarkan darah bantal(ketul) dan angin toksin. Jangan cungkil rahim ketika bertungku sebelum 44 hari.
Mandian herba dapat memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan angin serta lender dan melawaskan darah nifas yang tersekat. Curah dari leher ke bawah dengan pelahan-lahan. Di larang membasuh rambut dengan air panas atau air herba panas kerana boleh menyebabkan sakit kepala dan keguguran rambut.
Memakai bengkung dapat mengelak badan mengembang dan perut membuncit. Ia juga dapat mengelak angin masuk ke perut. Bengkung yang baik ialah bengkung yang labuh dipakai paras bawah payudara ke peha. Ini dapat mengelak menekan rahim ke bawah dan pembentukan badan yang tidak sekata.
Berlulur bagus untuk membuang angin dalam badan. Ini dapat membantu atasi masalah sakit badan, sendi dan otot. Ia juga membersihkan badan dari bintik hitam dan daki.
Seterusnya amalan bertangas. Ini dilakukan selepas 30 hari. bertujuan untuk mengaktifkan pengeluaran peluh untuk membuang toksin. Selain itu ini dapat membantu mengecutkan rahim.